Hari Terbuka Pusat Internet Parlimen Batu P.115 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka Pusat Internet Parlimen Batu P.115 telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 dan tamat dengan jayanya hasil kerjasama daripada 3 Pusat Internet bawah pengurusan Nera di Parlimen Batu P.115 iaitu Pusat Internet PPR Intan Baiduri, Pusat Internet PPR Beringin, dan Pusat Internet PPR Kampung Batu Muda.

Antara program yang telah dijalankan adalah pendaftaran keahlian percuma, taklimat Pusat Internet yang merangkumi fungsi Pusat Internet, eWaste, Check You Label, Sebenarnya.my, e-Kelas, dan kelas ICT dan Keusahawanan. Tayangan video Klik Dengan Bijak. tapak pameran dan penerangan Advokasi. Tutorial penggunaan pencetak 3 Dimensi. Aktiviti berasaskan ICT iaitu Pertandingan Mewarna Online, Typing Rapid Online, Kuiz KDB Online, dan Cabutan Bertuah Online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali