KDB Talk bersama pelajar PT3 Sekolah Menengah Segambut

18 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober yang lalu, telah berlangsung taklimat Klik Dengan Bijak bersama pelajar-pelajar PT3 Sekolah Menengah Segambut. Taklimat KDB ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar serta 5 orang guru dari Sekolah Menengah Segambut. Taklimat telah berlangsung selama 2 sesi, iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi dan 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Pendedahan tentang internet kepada pelajar banyak memberi kesedaran kepada mereka bahawasanya penggunaan internet yang betul mampu mengelakkan mereka dari bahaya dunia siber. Selain itu, aktiviti sampingan yang dijalankan adalah Kuiz berkenaan KDB dan hadiah turut disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali