Internet?Use It Right

18 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Wilayah Tengah bersama warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan Pusat Internet serta fungsinya kepada warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras.

Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet. Program yang dijalankan adalah bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Program ini melibatkan 9 buah Pusat Internet Wilayah Tengah. Peserta yang disasarkan adalah pelajar serta guru-guru Sekolah Menengah Agama Paya Jaras lebih kurang 800 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali