Permainan menggunakan laman web Poki.Com (Jigsaw Deluxe)

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac yang lalu, telah berlangsung aktiviti kelas pembelajaran melalui permainan atas talian menggunakan laman web Poki.Com (jigsaw Deluxe) bersama Komuniti PPR Taman Beringin yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Beringin. Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini dalam berkaitan permainan atas talian tanpa sempadan.

Peserta juga turut diberi kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) sepanjang sesi belajar agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet hingga lalai melayan ‘online games’.Komuniti yang terlibat kebanyakannya adalah pelajar sekolah yang ingin mengisi masa lapang di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali