Program Perpaduan #komunitiprihatin

27 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2020, telah berlangsungnya Program Perpaduan #komunitiprihatin anjuran KRT PPR Intan Baiduri dengan Kerjasama dari Pusat Internet PPR Intan Baiduri. Program ini juga melibatkan 3 buah Pusat Internet yang lain bagi membantu menjayakan program perpaduan yang dilaksanakan. Tujuan program ini adalah untuk menyatukan semangat perpaduan antara komuniti PPR Intan Baiduri.

Selain itu, program ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet kepada komuniti setempat. Antara aktiviti sampingan yang dijalankan adalah pameran 3D, latihan ICT (Rapid Typing), Klik dengan Bijak, Mewarna. Antara booth lain yang terlibat adalah Bancian (e-Cencus), Giatmara, Kaunter SPR, dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali