Sesi soal jawab kaji selidik Keberkesanan Program ROLPOP5

11 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac yang lalu, telah berlangsung telah berlangsung Sesi soal jawab kaji selidik keberkesanan Program ROLPOP5 bersama Komuniti PPR Taman Beringin yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Beringin. Program ini diadakan bagi mendapat respon dari penduduk setempat berkenaan keberkesanan Program ROLPOP5 dalam kehidupan seharian mereka. Seramai 15 orang telah menyertai sesi soal jawab ini selama 1 jam. Soal jawab kaji selidik ini disediakan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali