Kursus Train the Trainer (TTT) Basic Shopee Seller Course

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November yang lalu, telah berlangsung telah berlangsung Kursus Train the Trainer yang dijalankan secara atas talian kepada staff Pusat Internet menggunakan aplikasi zoom. Kursus yang diberikan ini memberi pendedahan kepada staff pusat internet bagi menggunakan aplikasi Shopee sebagai “Seller” untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti keusahawanan bersama komuniti setempat secara dalam talian.

Kursus ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari 9:30 pagi sehingga 12:30 tengahari. Kursus ini dikendalikan oleh Cik Nurul Elani binti Rashid Pengurus Pusat Internet Sungai Limau Dalam dan Cik Juhaida binti Makhtar Pengurus Pusat Internet Kg Titi Teras dengan penglibatan daripada semua staff Pusat Internet dibawah penyeliaan Nera Infocom Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali