Program Bakul Raya anjuran MyMedic@Wilayah
3 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 May 2021 yang lalu, telah berlangsungnya Program Bakul Aidilfitri yang menyasarkan warga kota dalam golongan B40 yang tinggal di PPR yang dikunjungi oleh Klinik Bergerak secara berkala. Sebanyak lebih dari 500 pek Bakul Aidilfitri telah disediakan oleh MahaMas Medic Services Sdn Bhd untuk diedarkan kepada Warga Kota yang terpilih.
Program ini adalah satu kesinambungan kepada program-program CSR yang telah dilaksanakan oleh syarikat MahaMas Medic Services Sdn Bhd ini setiap tahun ketika bulan Ramadhan yang merangkumi Program Pemberian Bubur Lambuk, Sumbangan Van Jenazah kepada Surau dan Masjid terpilih, dan lain-lain program amal. Program ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat kerjasama antara syarikat Mahamas Medic dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: