Sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada usahawan Pusat Digital Ekonomi (PEDi)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2021 (Isnin), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan sesi taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) peringkat nasional di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) untuk bulan Disember 2021. Ini bertujuan untuk memperkenalkan SPPP kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.

Taklimat ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Team bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan secara terperinci kepada usahawan yang terlibat berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh pihak SSM. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Mohammad Syafiq bin Hairom, Ketua Unit Seksyen Pendaftarn Perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali