Teka Silang Kata Asas Komputer

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2021, pihak PIK PPR Taman Beringin telah menjalankan satu aktiviti ICT secara dalam talian menggunakan laman Facebook Page PIK kepada pengikut laman facebook berikutan penutupan penuh sector social dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan Covid-19 yang makin mencanak naik. Aktiviti yang dijalankan adalah Teka Silang Kata asas Komputer. Terdapat 14 perkataan yang perlu dipadankan mengikut soalan yang diberikan. Pengikut dikehendaki mengisi Google Form sebagai tanda penyertaan kepada aktiviti ini. Jawapan yang dijawab disarankan dihantar secara DM kepada pihak PIK PPR Taman Beringin untuk tindakan selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali