Mengisi Borang Bantuan JKM Secara Dalam Talian

8 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2021, komuniti PPR Taman Beringin telah meminta bantuan staff PIK untuk mengisi borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara dalam talian. Pihak staff PIK membantu komuniti untuk mengisi butiran diri satu persatu di dalam borang yang disediakan di laman web JKM. Setiap borang yang diisi adalah terhad kepada satu pemegang IC sahaja. Bantuan yang diperolehi bergantung pada isi rumah dan tanggungan bagi setiap pemegang IC yang layak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali