Persediaan Temuduga bersama MYFutureJobs

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2021, telah berlangsungnya Program Persediaan Temuduga bersama MYFutureJobs anjuran bersama Perkeso Negeri Wilayah Persekutuan. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur yang mana tengah mencari pekerjaan. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan tips kepada peserta sebelum menghadiri temuduga oleh majikan. Selain itu, program ini juga dapat membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk menjawab segala soalan yang diberikan oleh bakal majikan. Antara dokumen yang perlu dibawa semasa program dijalankan adalah Resume, Gambar Passport, Kad Pengenalan dan semua sijil akademik sekiranya ada. Program ini memberikan harapan kepada peserta untuk terus mencari pekerjaan pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali