MyMedic@Wilayah (Khidmat Klinik Percuma)

6 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2021, telah berlangsungnya Program MyMedic@Wilayah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan adalah untuk memberi khidmat kesihatan percuma kepada komuniti terutama pada warga emas yang memerlukan. Perkhidmatan klinik ini bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 1 tengahari. Antara rawatan yang dijalankan adalah rawatan ringan, rawatan kecemasan, rawatan mencuci dan menjahit luka ringan, membuka jahitan, pemberian vaksin Anti Tetanus, rujukan kes ke hospital kerajaan / klinik mengikut keperluan, pendispensan ubat, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti. Perkhidmatan ini juga hanyalah untuk Warganegara dan perkhidmatan yang diberikan juga adalah PERCUMA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali