Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

2 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2021, Adik Azril dan Adik Fazrien telah hadir untuk menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan di PEDi PPR Taman Beringin bagi tujuan menghadiri sesi PdPR persekolahannya. PEDi PPR Taman Beringin telah memberikan kemudahan wifi kepada mereka berdua untuk kegunaan PdPRnya. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR. Hal ini juga secara tak langsung menyokong usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian secara langsung melalui peranti telefon pintar atau komputer dan perlu mempunyai capaian internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali