Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

13 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2021, Adik Faizal merupakan salah seorang ahli PIK PPR Taman Beringin hadir untuk menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan di PIK bagi tujuan menghadiri sesi PdPR persekolahannya. PIK PPR Taman Beringin memberikan kemudahan wifi kepada adik Faizal untuk kegunaan PdPRnya. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR. Hal ini juga secara tak langsung menyokong usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian secara langsung melalui peranti telefon pintar atau komputer dan perlu mempunyai capaian internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali