Cara Mencetak Waybill Shopee

28 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2021, seorang komuniti PPR Taman Beringin telah meninta bantuan staff PIK untuk mempelajari cara mencetak waybill shopee. Beliau mendapat pesanan kali pertama dari barangan yang dijual dari shopee dan tidak mempunyai pengetahuan bagi cara mencetak waybill tersebut. Pihak staff PIK hanya membantu untuk memastikan cara beliau tersebut adalah betul untuk mencetak waybill shopee itu. Staff PIK juga mengajar cara menukar password shopee kerana beliau perlu login melalui seller centre dan mendapatkan kod pengesahan untuk mencetak waybill tersebut. Staff PIK juga memberi peringatan kepada beliau untuk mencetak waybill itu di dalam size A5 bagi memudahkan urusan beliau untuk mengepos barang jualan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali