Pelan Mikro Insuran Mampu Milik PPR Taman Beringin

2 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2022, telah berlangsungnya Program Pelan Mikro Insuran Mampu Milik anjuran Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Program ini bertujuan adalah untuk memberi penerangan tentang Insuran Mampu milik kepada komuniti. Selain itu, program ini juga membolehkan komuniti mendaftar terus jika berminat untuk mendapatkan Pelan Mikro Insuran mampu milik ini.

Antara syarat untuk mendaftar adalah mereka yang layak untuk penerima Bantuan (BKM).
1. Penerima yang layak hanya boleh menggunakan baucar ini SATU (1) kali sahaja untuk membeli/ menyertai SATU (1) polisi/sijil, walaupun premium/sumbangan kurang dari RM75 (tidak boleh lebih dari satu polisi/sijil).
2. Digunakan sekali sahaja (pembatalan dan penggunaan semula HANYA dibenarkan semasa tempoh percubaan).
3. Pulangan tunai atau Pembayaran balik tunai tidak dibenarkan.
4. Kelayakan produk: Mestilah warganegara Malaysia, yang menetap di Malaysia, berumur dari lapan belas (18) tahun hingga lima puluh sembilan (59) tahun

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali