Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

14 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2022, Adik Fateen telah menghadir untuk menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan di PEDi PPR Taman Beringin bagi tujuan menghadiri sesi PdPR Universiti yang sedang berlangsung. PEDi PPR Taman Beringin telah memberikan kemudahan wifi kepada beliau untuk kegunaan PdPRnya. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR.

Hal ini juga secara tak langsung menyokong usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian secara langsung melalui peranti telefon pintar atau komputer dan perlu mempunyai capaian internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali