Pendaftaran SSM menggunakan sistem ezBiz Online

9 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 March 2022, komuniti PPR Taman Beringin telah meminta bantuan staff PEDi untuk membuat Pendaftaran SSM bagi syarikat beliau secara dalam talian menggunakan system ezBiz Online yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Komuniti tersebut telah datang dan memohon bantuan kerana kemudahan capaian internet di telefon pintar beliau terhad. Sistem ezBiz yang dilayari oleh beliau menggunakan telefon pintar adalah terhad untuk membuat sebarang urusan. Pihak staff PEDi menyediakan kemudahan PC dan internet bagi membantu beliau dalam mendaftarkan perniagaan secara dalam talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali