Webinar Bersama SSM (Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin)

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 March 2022 (Rabu), pihak Jana’preneur dibawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Tabung Pembangunan Kemahiran dan HRD Corp dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengadakan taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada golongan usahawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini dan juga kepada usahawan yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma. Taklimat ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Webex bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan secara terperinci kepada usahawan yang terlibat berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh pihak SSM. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Azihan Ahmad dari pihak SSM.

Antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sesi ini adalah:
1. Pengenalan dan fungsi SSM
2. Entiti Perniagaan di Malaysia
3. Kelebihan Mendaftarkan Perniagaan
4. Apa yang SSM Tawarkan
5. Pengenalan Kod QR SSM BizTrust
6. Sesi soal jawab
7. Demonstrasi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali