Kelas MS Office Word (Resume)

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2022, Adik Vedha merupakan ahli di PEDi PPR Taman Beringin telah meminta bantuan staff PIK untuk membantu beliau membuat resume bagi dirinya. Pihak staff PEDi membantu adik vedha melengkapkan resume beliau dengan menggunakan template yang sedia ada di dalam Microsoft Office Word. Setiap butiran dirinya diisikan ke dalam resume untuk memudahkan beliau dalam urusan mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.

Pihak staff PEDi memberikan latihan secara bersemuka supaya mudah difahami oleh beliau. Beliau juga memperoleh ilmu baru bahawa di dalam Microsoft Office Word banyak template resume yang boleh digunakan di kemudian hari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali