Sembang Santai Program MIV bersama Komuniti

22 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2020, telah berlangsungnya bengkel MIV secara dalam talian bersama sukarelawan-sukarelawan yang telah berdaftar di seluruh Malaysia melalui pusat internet masing-masing bagi tahun 2020. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Penglibatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet bermula jam 3:00 petang – 4.00 petang.

Antara intipati bengkel pada hari tersebut adalah modul Klik Dengan Bijak (KDB) yang merangkumi topik hak dan tanggungjawab warga digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, portal sebenarnya.my dan kandungan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Bengkel diteruskan dengan taklimat berkaitan tugasan sukarelawan sepanjang 8 minggu dan sesi diakhiri soal jawab bersama sukarelawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali