Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Bandaraya Kuala Lumpur
Kawansan PPR Beringin terletak lebih kurang 10 kilometer dari ibu negara Malaysia iaitu, Bandaraya Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya maju dan menjadi mercu tanda utama negara Malaysia. Di sini terdapat pelbagai pusat pentadbiran kerajaan, pusat memberli – belah dan lain – lain tempat menarik seperi Menara Kuala Lumpur, KLCC dan sebagainya.
Batu Caves, Selayang
Batu Caves, Selayang adalah sebuah tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi berhampiran kawasan PPR Beringin. Terletak kira – kira 8 kilometer dari PPR Beringin, Batu Caves adalah tempat pelancongan wajib dikunjungi bagi pelancong dari dalam atau luar negara. Batu Caves adalah kawasan tumpuan paling utama di Malaysia bagi penganut agama Hindu ketika perayaan Thaipusam kerana terdapat kuil besar di sini.
Brem Park Mall, Kepong
Brem Park Mall, Kepong terletak kira – kira 5 kilometer dari PPR Beringin. Brem Park Mall turut dikenali sebagai pusat membeli belah digital oleh penduduk sekitar.
Taman Layang- Layang Metropolitan, Kepong
Taman Metropolitan Kepong yang sering dinamakan sebagai Taman Layang-layang kerana tempat ini sangat meriah dengan permainan layang-layang. Pengunjung yang datang untuk bersantai sekaligus menjadikan tempat ini sebagai tempat permainan layang-layang.Terdapat bermacam-macam bentuk layang-layang ada dijual di sini.Dari harga sepuluh ringgit hingga ke ratusan ringgit dijual di sini. Tempat ini juga menjadi tumpuan mereka yang ingin mengadakan majlis sambutan hari keluarga,sukaneka dan ada juga yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka sebagai tema perkahwinan dalam taman. Terdapat pelbagai kemudahan lain seperti trek jogging dan batu refleksologi untuk tujuan santai.