MyMedic@Wilayah (Khidmat Klinik Percuma)

3 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mei 2021, telah berlangsungnya Program MyMedic@Wilayah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan adalah untuk memberi khidmat kesihatan percuma kepada komuniti terutama pada warga emas yang memerlukan. Klinik Bergerak bagi program ini disediakan oleh MahaMas Medic Services Sdn Bhd melalui Tiga klinik iaitu Mahamas Mobile Clinic Sakura, Mahamas Mobile Clinic Seroja, dan Mahamas Mobile Clinic Seraya. Perkhidmatan linik ini bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 1 tengahari.

Antara rawatan yang dijalankan adalah rawatan ringan, rawatan kecemasan, rawatan mencuci dan menjahit luka ringan, membuka jahitan, pemberian vaksin Anti Tetanus, rujukan kes ke hospital kerajaan / klinik mengikut keperluan, pendispensan ubat, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti. Perkhidmatan ini juga hanyalah untuk Warganegara dan perkhidmatan yang diberikan juga adalah PERCUMA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali