Lawatan daripada Wakil Consumer Forum Malaysia (CFM)

24 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) telah dikunjungi oleh wakil dari Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) bagi tujuan penyerahan sedikit cenderahati dan sedikit risalah dari pihak CFM. Antara tetamu lain yang turut menyertai sesi agihan ini adalah Datin Norhamiza (Media Prima Group). Lawatan ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara staff PIK dengan pihak CFM dan secara tak langsung dapat mengeratkan juga hubungan dengan Media Prima Group.

CFM ditubuhkan untuk meningkatkan keyakinan pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia. Selain itu, CFM ini adalah untuk menyediakan jalan dan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan. CFM ini juga adalah salah satu platform advokasi untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak..

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali