MyMedic@Wilayah (Khidmat Klinik Percuma)
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2021, telah berlangsungnya Program MyMedic@Wilayah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan adalah untuk memberi khidmat kesihatan percuma kepada komuniti terutama pada warga emas yang memerlukan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti. Antara rawatan yang dijalankan adalah rawatan ringan, rawatan kecemasan, rawatan mencuci dan menjahit luka ringan, membuka jahitan, pemberian vaksin Anti Tetanus, rujukan kes ke hospital kerajaan / klinik mengikut keperluan, pendispensan ubat, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: