Online Pocket Talk bersama CFM (CFM & Tips Keselamatan Digital)
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2021, staff Pusat Internet Komuniti (PIK) telah dijemput untuk menyertai sesi perkongsian ilmu bersama wakil dari Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Tujuan sesi perkongsian ini adalah untuk
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya pengguna mengenai kewujudan dan peranan CFM dalam industri Komunikasi dan Multimedia di Malaysia.
- Memaklumkan pengguna mengenai kod yang melindungi hak mereka menurut peruntukan Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC)
- Menanam dan meningkatkan kesedaran pengguna dan industri terhadap saluran yang disediakan oleh CFM berkaitan hak pengguna, peraturan dan teknologi untuk pengguna.
- Memaklumkan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan di samping mengesyorkan prosedur penyelesaian pertikaian alternatif yang praktikal dan berpatutan.
- Memaklumkan prosedur menuntut pampasan atau sebarang bentuk tindakan lain kepada pengguna dalam kes melanggar kod.
- Meningkatkan keyakinan pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia.
Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi perkongsian ini turut dihadiri oleh Pengarah SKMM KL, Putrajaya dan Labuan iaitu En. Rizal bin Abd Malek dan Encik Izham Khairuddin Pengarah CFM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: