Sesi Penerangan SPPP oleh SSM bersama Pusat Internet Komuniti

8 October 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 October 2021, Staff Pusat Internet Komuniti (PIK) di Wilayah Persekutuan telah menghadiri sesi penerangan berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara dalam talian melalui platform Zoom. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan secara terperinci kepada semua pengurus PIK berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh pihak SSM bagi membantu menerangkan, menghebahkan dan mempromosikan inisiatif ini kepada kumpulan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran di sekitar PIK masing-masing. Sesi penerangan ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Maryam binti Mustafa dari pihak SSM.

Antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sesi ini adalah:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali