Kursus Pensijilan Mediasi Sosial
1 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 & 30 November 2021, Puan Che Roziani merupakan Pemimpin RukunTetangga PPR Taman Beringin yang hadir untuk menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan di PEDi bagi tujuan menghadiri Kursus Pensijilan Mediasi Sosial kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kursus ini dikenali sebagai Kursus Pensijilan Mediasi Antara Agama pada tahun 2018/2019 tetapi telah diberi nafas baru seiring dengan keperluan semasa. Ini melibatkan kerjasama antara JPNIN, KPN bersama UIAM. Kursus dilaksanakan secara hybrid (online & bersemuka) selama 10 hari. 5 hari secara dalam talian dan 5 hari secara bersemuka di kampus UIAM, Gombak. PEDi PPR Taman Beringin memberikan kemudahan penggunaan komputer dan capaian internet kepada Puan Che Roziani untuk kegunaan Kursusnya secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: