Skim Pembiayaan Mikro i BSN – Semarak Niaga @ PEDi
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 May 2022, satu webinar Skim Pembiayaan Mikro i BSN – Semarak Niaga @ PEDi telah berlangsung antara pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan pengurusan PEDi. Webinar ini diadakan bertujuan untuk menerangkan skim – skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN kepada komuniti setempat serta tatacara permohonan atas talian kepada pengurusan PEDi untuk dihebahkan kepada usahawan PEDi dan komuniti setempat.
Taklimat ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom Webinar bermula jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Staff PEDi yang terlibat dalam mengikuti webinar ini adalah dari Kuala Lumpur, Labuan, Selangor dan Putrajaya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: