Program Kafeteen @ PEDi Beringin Siri II
30 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2022, PEDi PPR Taman Beringin telah menjalankan satu program KafeTeen bersama LPPKN yang melibatkan 7 orang komuniti setempat yang dalam lingkungan julat umurnya adalah remaja. Banyak aktiviti yang dilakukan sempena dengan program tersebut.
Antaranya adalah Sesi perkongsian mengenai isu Pengguguran Bayi, Renggangan Minda, Pop Kuiz dan juga aktiviti Kaut duit. Setiap peserta yang menghadiri program ini disediakan dengan pelbagai cenderahati serta makanan dan minuman tengahari. Program dijalankan selama 2 jam iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: