Program Menjana Pendapatan (Pemasaran Digital tanpa Kos)
7 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos yang lalu, telah berlangsung Program Menjana Pendapatan (Pemasaran Digital tanpa Kos) bersama wakil dari Coaching 4all dan Lubuk Kecantikan Fazz. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti PPR Taman Beringin yang berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan platform terkini. Program Pemasaran Digital Tanpa Kos yang PERCUMA ini merangkumi:
- Mengetahui medium pemasaran online;
- Menggunakan platform yang diajar seperti Facebook, Whatapps, Instagram, Shoppe, Lazada dan Tiktok;
- Memaximumkan pendapatan peserta secara konsisten setiap bulan yang mana akan membantu pasangan
Dalam modul satu (1) hari, bakal usahawan akan mempelajari tentang:
- Apa itu zero cost marketing?;
- Kepentingan zero cost marketing;
- Pilihan ringkas teknik-teknik zero cost marketing;
- Strategi untuk usahawan baru yang belum mempunyai produk untuk memulakan perniagaan
- Strategi mudah zero cost marketing di Facebook dan media sosial lain
- Cara berkesan mendapat bakal pelanggan berkualiti dari teknik zero cost marketing- pelanggan tersasar
- Menaikkan engagement posting di sosial media anda seperti influencer
- Cara setting social media untuk mendapatkan kepercayaan yang tinggi
- Cara buat tiga (3) angka bersih pertama dalam satu (1) hari tanpa kos
- Cara automasi perniagaan yang menjimatkan masa dan tenaga
Selari dengan perkembangan semasa, Program Pemasaran Tanpa Kos bagi membantu usahawan dalam memasarkan produk kosmetik dalam talian yang tular ketika ini turut menggunakan aplikasi Facebook Profile Marketing, Robot Automatik Pro
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: