Program Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 dan 27 Julai yang lalu, telah berlangsung satu Program Kesihatan yang telah melibatkan komuniti setempat iaitu Program Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM yang telah dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Penduduk. Program ini adalah bertujuan untuk memberi khidmat kesihatan percuma kepada komuniti terutama pada golongan asnaf dan warga emas yang memerlukan.
Program Klinik Bergerak ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Klinik Bergerak ini menggunakan bas dua tingkat dijadikan sebagai ‘mobile clinic’ bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan klinik ini menyediakan rawatan percuma seperti pemeriksaan bacaan gula , tekanan darah dan nadi dan juga pemeriksaan jantung atas saranan doctor. Selain itu , ubat-ubatan juga diberikan secara percuma kepada komuniti yang datang mendapatkan rawatan di klinik ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: