Program Kasih Asnaf (Zero Hunger)
21 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai yang lalu, telah berlangsung satu Program Kesihatan yang telah melibatkan komuniti setempat iaitu Program Kasih Asnaf (Zero Hunger) yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Program ini melibatkan pembelian barangan keperluan asasi kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan menggunakan bayaran di aplikasi Boost.
Antara 9 senarai barangan yang boleh ditebus adalah
- Kategori Makanan Ruji Dan Bijirin
- Perasa Makanan Dan Berempah
- Buah – Buahan Dan Sayur – Sayuran
- Kategori Makanan Ringan
- Kategori Minuman
- Penyedap Makanan
- Produk Tenusu Dan Minyak
- Bahan Mentah Dan Sejuk Beku
- Bukan Makanan
Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang dan diadakan pada setiap hari Rabu dengan bantuan lori keperluan asas yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: